Wednesday, April 1, 2009

Nizar : Nama saya ialah Chan Ah Choong (Ibu keturunan Cina telah berikan saya nama Cina)













































































”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji disekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.” ---- Nizar


(Taiping 27 hb) Mantan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohamad Nizar bukan sahaja mempunyai ibu keturunan Cina, juga mempunyai nama Cina, iaitu Chan Ah Choong.

”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.”

Guru dan rakan-rakan sekolah panggil Ah Choong.

Nizar berkata, beliau dipanggil Ah Choong tidak unsur lain, tetapi dipercayai sebab nama ibunya Chan. Ketika ibu mengahwini bapanya, ditukarkan nama Hamidah, juga telah diberikan satu nama Cina untuk beliau.

Beliau memberitahu semasa ditemuramah oleh pemberita, : ”Saya telah biasa dengan panggilan Ah Choong.”

Nizar juga memberitahu di masa antara penamaan calon dan hari pengundi akan digelarkan Datuk sebab anak perempuan yang sulong Fatimah, 25 tahun, akan bersalin pada awal bulan depan.Tarikh jangka bersalin ialah 7 April 2009, tetapi tidak ketahui cucu akan dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan.

Ditanya sama ada kelahiran cucu oleh anaknya sebagai petanda membawa tuah kepada beliau, beliau menjawab harap begitu.

Sumber - Sin Chew Daily 28 Mac 2009 (Sabtu) Muka 8

No comments:

Post a Comment